Monday, March 6, 2017

TIPS DIDIK ANAK


Membesarkan anak2 pada zaman ini merupakan cabaran terbesar ibu bapa. 
Anak2 zaman kini mudah memberontak mungkin kerana faktor ibu bapa yang sibuk bekerja.


Apa kata kita 'pause' sekejap aktiviti kita dan baca tips2 cara mendidik anak :)


JOM!!


1. ZIKIR YA LATIF


Bisikkan zikir Ya Latif di telinga anak sambil memeluknya. Sambil2 tu berdoa dalam hati semoga Allah tenangkan hati anak kita dan beri kesabaran yang banyak pada kita.
InsyaAllah, perlahan2 anak akan tenang, senyap dan tertidur.


2. BERMAIN BERSAMA


Galakkan anak2 bermain bersama2. Latih anak berstatus kakak dan abang bermain bersama2 dengan adik2 dan mengajar sesuatu pada adik.



3. TENANGKAN ANAK


Bila anak tengah marah atau memberontak, biarkan seketika untuk anak melepaskan perasaan marahnya. 
Duduk bertinggung paras matanya dan tanya adakah dia sudah tenang. Latih diri kita untuk melayan anak sama seperti dia seorang dewasa. Ini penting supaya anak rasa perasaannya di ambil kira dan dihargai...



Semua tips ini mudah dan asas. Cuma kita sebagai ibu bapa mudah terlupa hak dan perasaan anak kita.
Jom share dan saling ingat mengingati sesama kita :)

#FarmasiNurulRx
#SahabatSihatAnda

No comments:

Post a Comment