Wednesday, March 15, 2017

TEKANAN DARAH PAKCIK



Ini bacaan pakcik yang datang ke farmasi Kak Nurul pagi tadi.
Seronok dan bahagia pakcik tengok bacaan macam ni.


Bacaan normal untuk tekanan darah adalah 120/80mmHg.
Kita kata seseorang tu ada darah tinggi kalau bacaan yg atas tu 140 ke atas atau yang bawah tu 90 ke atas.
Tapi, kita tak leh tengok satu je bacaan, terus kata orang tu ada darah tinggi.
Kadang2 tak cukup tidoq, buat keja berat, berlari, panas, tak sihat..pun bacaan ni akan naik.
Biasa kalau tengok tinggi, Kak Nurul minta relax2 dulu, nanti check balik.
Tapi kalu naik sampai 200 tu, Kak Nurul ligan suruh pi hospital😂


Berbalik pada cerita pakcik ni, pakcik ni sebenarnya ada darah tinggi dan memang dirawat dengan ubat pill darah tinggi.
Bila pakcik tengok bacaan cantik macam ni, bercahaya penuh kegembiraan wajah dia tadi.
Siap bagitau nak berenti dah amik ubat sebab bacaan tekanan darah dia dah cantik.


Kak Nurul tanyalah dia, "pagi tadi dah ambil ubat?"😃
Seronok dia jawab,"Dah.."

Hihi, Kak Nurul pun seronok bagitau dia, "Pakcik, tekanan darah pakcik ni cantik sebab pagi tadi ambil ubat. Kalau tak ambil, mungkin tak cantik tau. Jangan pula nak berenti makan ubat. Bahaya tau darah tinggi ni. Kita bukannya boleh nampak. Naik mencanak sampai pecah salur darah macam mana?"
Pakcik senyum. 

Alhamdulillah, harap pakcik konsisten ambil ubat dan selalu check tekanan darah.
Farmasi Nurul Rx, Nilai bagi FREE je cek BP nie😃
Mai la😘



Lokasi Farmasi Nurul Rx, Nilai: Sebaris Pizza Hut, Secret Recipe, KFC Nilai.
(Area MMA Santai Corner)
http://farmasinurulrx.wasap.my

Monday, March 13, 2017

CABUTAN BERTUAH FEBRUARI 2017


TAHNIAH KEPADA PUAN ZAINAB, 
PEMENANG HADIAH CABUTAN BERTUAH BULAN FEBRUARI 2017.

Rezki Puan Zainab dapat bawa pulang Ear Digital Thermometer bernilai RM 170.00.

Setiap bulan kita ada HADIAH MISTERI dan berguna untuk kegunaan keluarga anda.
Jom sertai Contest Cabutan Bertuah bersama Team Farmasi Nurul Rx.
HANYA DENGAN BELIAN RM 20 SAHAJA TAU!

Terima kasih atas sokongan anda semua pada aktiviti kami.

Sunday, March 12, 2017

PANTAU PARAS GULA DARAH SENDIRI

PERHATIAN KEPADA ANDA YANG ADA MASALAH KENCING MANIS, SILA PANTAU BETUL-BETUL BACAAN GULA ANDA!
============================

Bagi anda yang ada masalah kencing manis atau diabetes, amat penting tau untuk anda monitor bacaan gula anda.


Bacaan gula yang tinggi akan menyebabkan banyak kesan2 mudarat yang lain.

Antara kesan mudarat yang anda berpotensi anda dapat jika biarkan gula dalam darah tinggi:

1. MASALAH JANTUNG
Gula darah yang tidak dikawal boleh bawa kepada pelbagai penyakit jantung. Komplikasi ni adalah antara komplikasi yang merbahaya dan boleh mengundang maut.



2. KEROSAKAN SARAF
Gula darah yang tinggi akan rosakkan dinding salur darah terutama di bahagian kaki.
Ini akan sebabkan kebas, rasa sakit & pedih pada hujung kaki dan jari2.


3. KEROSAKAN BUAH PINGGANG

Buah pinggang ada berjuta salur darah untuk tapis sisa buangan dalam darah kita.
Gula yang tinggi dalam darah akan rosakkan sistem penapisan di buah pinggang ini dan sebabkan sisa buangan toksin tak dapat dibuang dari darah kita.
Bahayanya keadaan ini sebab badan berada dalam keadaan toksin dan kita mungkin boleh maut.



4. KEROSAKAN MATA
Kerosakan saraf mata akibat gula dalam darah yang tinggi boleh mengakibatkan BUTA.
Masalah penglihatan yang lain yang boleh berlaku adalah GLAUKOMA dan KATARAK.



5. KEROSAKAN KAKI
Bagi pesakit kencing manis yang tidak terkawal, masalah kaki seperti gangrene atau kaki menjadi kehitaman dan busuk mudah berlaku.
Ini disebabkan aliran darah pada bahagian kaki semakin berkurangan dan ditambah dengan kerosakan saraf.
Adakalanya pesakit yang sudah hilang deria rasa di bahagian kaki tidak perasan ada luka kecil di bahagian kaki mereka. 
Luka ini akan membesar sebab tidak diberi rawatan pada luka dan bacaan gula yang tinggi mengundang pertumbuhan bakteria pada luka tersebut.


6. MASALAH KULIT
Bakteria dan fungus sangat suka pada kemanisan kulit pesakit kencing manis😋
Sebab tu luka jadi lambat baik.
Penjagaan kebersihan kulit peskit diabetes sangat penting😃


7. MASALAH PENDENGARAN
Orang yang ada masalah gula tinggi, cenderung untuk dapat masalah pendengaran.


8. PENYAKIT ALZHEIMER
Biasanya terjadi pada pesakit Diabetes Type 2.
Semakin tak terkawal gula, semakin tinggi risiko penyakit Alzheimer pada pesakit kencing manis.



Penyakit kencing manis ni adalah satu sindrom yang kita boleh kawal.
Penting untuk kita monitor paras gula darah kita.
Sebab tu, kami sangat2 sarankan setiap pesakit kencing manis ada 1 alat periksa gula ni di rumah.
Mudah bagi mereka untuk berjaga-jaga dengan pemakanan yang diambil.



Sekarang Farmasi Nurul Rx, Nilai sedang buat PROMOSI untuk Mesin Glucometer jenama GlucoDr.

Mesin ini bagus untuk kegunaan semua pesakit kencing manis.
🌸 TEST STRIP mesin ini mudah didapati di kebanyakan farmasi.
🌸 Guna kuantiti darah yang SANGAT SEDIKIT untuk buat bacaan.
🌸 Tak perlu CODING. Terus boleh guna.
🌸 Bacaan TEPAT & CEPAT. (Dalam 5 saat sahaja)
🌸 PEK LENGKAP. Ready to use.




Untuk tempahan, boleh whatsapp kami di 019-7556490.
Lokasi COD: Farmasi Farmasi NurulRx Nilai
(Sebaris Pizza Hut, Secret Recipe, KFC Nilai. Area MMA Santai Corner)
Postage: SELURUH MALAYSIA

#FarmasiNurulRx
#SahabatSihatAnda

Saturday, March 11, 2017

KETIAK BUSUK MASAM DAN HITAM

Sedihnya tajuk..huhu..
Tapi memang masalah ketiak berbau tengik, busuk masham nie betul2 buat kita down kan?
Lagi2 ditambah pula dengan warna kulit berdaki hitam..
Stress ooo...
Walaupun kita bukanlah jenis pakai sleeveless bagai, tapi keyakinan diri tetap hilang tau.
Kalu yang dah kawin tu, segan jugak nak dok dekat2 manja2 dengan encik suami.


Ada orang kata, bau masam ketiak tu sebab kita malas mandi lah, tak pakai deodarant lah, pengotor lah...
Kalau kita memang manusia seperti di atas, maka bertaubatlah segera.
Mandilah dengan bersungguh-sungguh dan sabunlah dengan penuh hikmah...


Ada orang, dia memang jenis kuat berpeluh.
Sebab design kelenjar peluh dia jenis gitu kan.
Hat ni memang merana..
Cepat sangat badan jadi berbau..
So, uolls bolehlah pakai krim anti-peluh ni.

Krim Anti-Peluh ni best tau.
Selain bagi kekeringan pada kulit, dia ada bahan melembutkan kulit juga tau.
Boleh bantu hilangkan daki2 hitam juga tau.


Part nak sapu Krim Anti-Peluh ni, bukanlah kata boleh sapu kat ketiak je..
Semua area yang mudah berpeluh boleh guna.
Biasanya, part yang senang berpeluh banyak ni, ketiak, leher dan celah kelangkang.
Sapu jer..

Farmasi Kak Nurul ada jual tau krim ni.
Harga teramat kasih sayang!

So pada yang nak COD, boleh terus ke Farmasi Nurul Rx, Nilai.
(Area MMA Santai Corner. Sebaris pizza hut, secret recepi, kfc nilai)
POSTAGE SELURUH MALAYSIA
Untuk details, boleh whatsapp ke 019-7556490 okay :)

#FarmasiNurulRx
#SahabatSihatAnda

Tuesday, March 7, 2017

KRIM HERBA BAYI TROPIKA

 BABY HERBAL CREAM TROPIKA
Krim telon herba atau viks herba.
Krim ini dirumus sebagai rawatan 2 dalam 1:
  1. Sebagai krim telon untuk mencegah dan merawat perut kembung, perut berangin, colics dan permasalahan lain yang biasa dihadapi oleh bayi.
  2. Sebagai viks untuk merawat batuk, selsema dan wheezing – nafas berbunyi.


Krim ini dirumus menggunakan minyak kelapa dara, halia, minyak kayu putih serta beberapa lagi herba tropika. 
Ia tidak mengandungi sebarang bahan sintetik atau steroid atau parabens yang boleh menyebabkan masalah sampingan samada jangka pendek atau panjang. 

Krim telon herba / viks herba TROPIKA dijamin HALAL kerana ia dikilangkan sendiri oleh pengilang bumiputra Muslim tanpa melibatkan sebarang unsur atau bahan yang haram.
Kita pernah dikejutkan dengan berita minyak telon yang banyak digunakan oleh orang Islam di negara kita yang mengandungi bahan yang haram. Oleh itu beralihlah daripada mengguna produk-produk yang kita was-was kepada produk keluaran orang Islam yang pastinya selamat dan HALAL.



CARA PENGGUNAAN
Cara penggunaan krim telon herba / viks herba TROPIKA, rawatan 2 dalam 1

1. Sebagai krim telon 
Setiap kali selepas mandi sapukan krim pada telapak kaki bayi, perut dan sendi-sendi. Sapu dan gosok perlahan-lahan sehingga krim meresap ke dalam kulit. Krim ini apabila dipakai pada bayi ia tidak panas dan tidak mendatangkan radang kepada kulit bayi.
Amalkan penggunaan krim telon herba ini samada sebagai mencegah atau merawat perut kembung, perut berangin dan colics. Bagi bayi yang belum gugur pusat, ketika menyapu krim pada perut elakkan menyapu krim di pusat tersebut. Bukanlah bahaya, cuma tidak mahu menyentuh bahagian yang masih sensitif.

2. Sebagai krim vicks
Apabila ada tanda-tanda selsema atau berhingus atau kahak yang boleh menyebabkan pernafasan berbunyi dan terganggu, sapu krim pada dada dan belakang bayi, buat seperti vicks. Gosok-gosokkan krim pada dada bayi dan bahagian atas belakang, terutama ketika tidur malam, supaya wap krim disedut / hidu oleh bayi. InsyaAllah, selsema dan hingus akan berkurangan dan kahak akan keluar dan nafas berbunyi / wheezing akan berhenti. 
Ulangkan sapuan setiap 2 – 3 jam sekali sehingga masalah diatasi. 
Elakkan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung. 
Bahagian-bahagian ini kulit lebih sensitif dan boleh berlaku radang kulit. 
Kami sarankan kepada ibu-ibu, kalau nak sapu di hidung, cubalah sedikit-sedikit dan perhatikan reaksi kulit bayi.

Kita juga tidak menggalakan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung atau di tempat-tempat yang terdedah kepada sentuhan tangan bayi, kalau-kalau bayi menyentuh tempat-tempat tersebut kemudian dibawanya ke mata. Sebab itu kita sarankan disapu di dada dan di bahagian atas belakang dan dipakaikan baju untuk bayi tersebut.


Semua produk-produk TROPIKA boleh disimpan lama, tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, cukup ditutup rapat dan disimpan di tempat yang udara boleh berputar, jauh dari sinaran matahari dan juga suhu yang tinggi.

ISI KANDUNGAN:
1. minyak kelapa dara
2. ekstrak halia
3. minyak kayu putih

​Produk Krim Herba Tropika ini boleh didapati di Farmasi Nurul Rx, Nilai.

Untuk info lanjut, boleh whatsapp puan pharmacist kami di 019-7556490 (Puan Nurul Hafiza Darus)

#FarmasiNurulRx
#SahabatSihatAnda

Monday, March 6, 2017

TIPS DIDIK ANAK


Membesarkan anak2 pada zaman ini merupakan cabaran terbesar ibu bapa. 
Anak2 zaman kini mudah memberontak mungkin kerana faktor ibu bapa yang sibuk bekerja.


Apa kata kita 'pause' sekejap aktiviti kita dan baca tips2 cara mendidik anak :)


JOM!!


1. ZIKIR YA LATIF


Bisikkan zikir Ya Latif di telinga anak sambil memeluknya. Sambil2 tu berdoa dalam hati semoga Allah tenangkan hati anak kita dan beri kesabaran yang banyak pada kita.
InsyaAllah, perlahan2 anak akan tenang, senyap dan tertidur.


2. BERMAIN BERSAMA


Galakkan anak2 bermain bersama2. Latih anak berstatus kakak dan abang bermain bersama2 dengan adik2 dan mengajar sesuatu pada adik.



3. TENANGKAN ANAK


Bila anak tengah marah atau memberontak, biarkan seketika untuk anak melepaskan perasaan marahnya. 
Duduk bertinggung paras matanya dan tanya adakah dia sudah tenang. Latih diri kita untuk melayan anak sama seperti dia seorang dewasa. Ini penting supaya anak rasa perasaannya di ambil kira dan dihargai...



Semua tips ini mudah dan asas. Cuma kita sebagai ibu bapa mudah terlupa hak dan perasaan anak kita.
Jom share dan saling ingat mengingati sesama kita :)

#FarmasiNurulRx
#SahabatSihatAnda