Thursday, April 6, 2017

DARAH TINGGI




Darah tinggi dan naik darah adalah dua perkara yang berbeza ya tuan/puan..


Cara nak ukur kekuatan darah tinggi dan naik darah pun berbeza ya tuan/puan.. kikiki..
Sorilah, gurau sikit2..hihi..

Orait, tahu dak bila kita dikatakan ada DARAH TINGGI atau HYPERTENSION nie?
Keadaan darah tinggi ni, satu keadaan yang kita tak nampak dengan mata kasar.
Ada orang, bila kita darah tinggi ni naik, dia boleh rasa seperti kepala rasa berat dan sakit di belakang leher.
Tapi ada juga pesakit yang langsung tak perasan darah tinggi mereka tengah memcanak naik. 
Tup2, salur darah pecah.. 
Nauzubillah.. 
Minta Allah selamatkan kita dari situasi ini. 
Bukan apa, kalau saat kejadian ni kita tengah drive, ada kemungkinan kemalangan boleh berlaku tau.. Allahu..

Bagi Kak Nurul, bila mana anda memang dah disahkan ada masalah darah tinggi, better tuan/puan monitor selalu.
Buat pemeriksaan yang lebih kerap tau.

Kesan mudarat tekanan darah tinggi ni terlalu menakutkan.
Mula2 tekanan darah tinggi jer, bila dah tak rawat dan kawal dengan betul, mulalah penyakit lain datang tau. 
Buah pinggang boleh rosak, mata boleh buta, penyakit jantung pun bertandang, daya ingatan pun dah start lemah..
Macam tak berbaloi kan nak hadap penyakit2 lain lanjutan dari darah tinggi jer.
Sebab tu Kak Nurul pesan TERUS PANTAU TEKANAN DARAH ANDA!

Berapakah bacaan normal tekanan darah???
Jawapannya, 120/80mmHg

Bila kita dikatakan ada DARAH TINGGI?
Okay, untuk soalan ini boleh rujuk pada Carta Tekanan Darah nie:


Rasa macam tak paham yek bila rujuk carta ni?

Kalau customer walk in kat farmasi Kak Nurul, Kak Nurul akan cerita macam ni:
(Tolong bayangkan perbualan ini berlaku dalam farmasi Kak Nurul lepas Kak Nurul buat pemeriksaan tekanan darah pada pesakit tau. Katakanlah dia tu seorang lelaki. Dan bacaan pada meter tu pulak, 145/80mmHg)

"Tuan, bacaan tekanan darah tuan 145/80 mmHg. Bacaan normal sebenarnya, atas tu kena 120mmHg dan bawah tu pulak kena 80mmHg.
Kita kata ada darah tinggi bila bacaan yang atas tu 140mmHg ke atas atau yang bawah tu 90mmHg ke atas.."

Saat ni, tuan customer mula panik dan sedih sambil mengenang apa yang sebabkan tekanan darah dia meningkat ..huhu..

Actually, Kak Nurul akan sentiasa ingatkan pelanggan2 Kak Nurul yang kita tak boleh tengok satu bacaan jer dan buat kesimpulan pelanggan tu ada penyakit darah tinggi.
Biasanya kena tengok juga aktiviti dia yang lain..

Banyak faktor yang boleh sebabkan tekanan darah meningkat.
Antaranya, demam, sakit, baru balik kerja, penat, tak cukup tidur, panas...
So di farmasi Kak Nurul, memang Kak Nurul siasat satu-satu la.
Memang Kak Nurul tak rely on satu bacaan dan terus bagi rawatan.
Kak Nurul suruh balik rest dulu, esok mai check balik.
Tapi kalau bacaan tu sampai 220/110mmHg, memang sah2 Kak Nurul hampat pi hospital. Hihi..

Tahu dak, ada orang, yang bila dia pi check tekanan darah kat klinik, hospital atau farmasi, tekanan darah dia memang mencanak naik.
Tapi kan bila dia check kat rumah, okay pulak bacaan dia..
Ha, hat ni..kita kata dia kena Whitecoat Hypertensive atau bahasa mudah dia, perasaan takut dia kat klinik, hospital tu yang buat tekanan darah dia naik.

Jika anda atau ibu bapa anda memang ada darah tinggi, Kak Nurul memang WAJIBKAN hampa ada sebjik mesin tekanan darah ni.
Bukan apa, senang hampa nak monitor.
Lagi2 buat check up time pagi baru bangun tu, baru tepat bacaan dia.
Penyakit darah tinggi ni bukan penyakit yang ringan tuan/puan.
Dia takde bagi tanda2, tiba2 boleh kena angin ahmar atau stroke tau.

Okay, sebelum Kak Nurul menamatkan entry blog arini, Kak Nurul nak share info tentang BP meter yang Farmasi Nurul Rx, Nilai tengah buat PROMOSI.

Harga PROMOSI kami memang MAMPU MILIK. 

BP Meter ni datang dengan set lengkap dengan bateri.
Ada warranty 1 tahun tau.

Harga sebenar BP meter ni RM 199.90.
Untuk PROMOSI kali ni, kami beri harga RM 150.00 sahaja.
Untuk postage luar kawasan Nilai, boleh tambah RM 10 ya.

Dari segi suplemen pula untuk bantu turunkan tekanan darah, Kak Nurul suka cadangkan pelanggan ambil Kapsul Biji Aprikot NDLife ni tau.


Ini Kak Nurul kongsikan perkongsian pengguna Biji Aprikot NDLife ini dalam turunkan tekanan darah.







Akhir kata, jaga diri baik2.
Jaga kesihatan anda dan kesihatan orang yang anda sayangi.

Hidup ini singkat.
Bawalah sebanyak2nya bekalan untuk alam di sana yang panjang..
Pilihlah untuk sihat ya..



Loves,
Kak Nurul
(Nurul Hafiza Darus)
Ahli Farmasi Berdaftar
Farmasi Nurul Rx
Sahabat Sihat Anda