Kak Nurul memang berniaga ubat, vitamins, Susu Kambing Al-Safaa, plaster dan macam2 lagi.
Cuma kadang2 Kak Nurul conpius jugak bila abam2 customer datang farmasi Kak Nurul minta ubati hati mereka.
Haha..
Kadang2 nak nangis panggil anak3 Kak Nurul kat belakang opis hadap abam2 ni.. haha..
Ayat biasa Kak Nurul bila diajukan soklan mengong.."Ubat sakit hati ader tak?" dengan muka senyum2..
Kak Nurul akan tersenyum balas, "Ada... ambil lah wudhuk.."
Tersenyum encik abam berlalu pergi.. Haha..
Maaflah, posting malam ni merapu skit.
Nak mengubat hati Kak Nurul juga. Hihi..
Kak Nurul bukanlah nak berlagak alim ustazah.
Cumanya, sebagai manusia biasa..kita tak lari dari masalah..
Memilih kerjaya sebagai ahli farmasi komuniti, Kak Nurul kena akur dan terima pelanggan Kak Nurul seadanya.
Ramai yang hanya status pelanggan semasa mula2 berurusan terus jadi kawan baik Kak Nurul.
Alhamdulillah..
Yang datang ke farmasi Kak Nurul, bukanlah hanya pesakit, ramai juga sebenarnya berstatus caregiver (orang yang menjaga orang sakit)
Paham2 jelah, selalunya tugas menjaga orang sakit ni lebih berat dan penat tau!
Lagi penuh dengan tekanan.
Sebab tu Kak Nurul suka ingatkan mereka, "MasyaAllah, besar pahala puan jaga suami yang sakit.."
Mereka penat sebenarnya.
Sampai satu tahap rasa lelah yang teramat.
tapi bila kita ingatkan, hadiah Allah yang tidak nampak itu, sedikit sebanyak dapat hiburkan mereka..
Ni Kak Nurul nak share satu doa untuk Kak Nurul sendiri dan untuk semua sahabat Kak Nurul.
Yelah, Kak Nurul takde apa nak kasi pada uolls..
Hanya sepotong doa sebagai ingatan:
Kita manusia lemah..
Mintalah pada Allah..
Kak Nurul suka dengar perkongsian Ustaz Ebit Liew.
Salah satu yang Ustaz kongsikan...
"Kita ini manusia, tak punya apa2.. Segala di dunia ini milik Allah.. Tak ada satu pun yang berlaku di dunia ini tanpa izin Allah. Segalanya dalam genggaman Allah.."
Yakinlah dengan Allah..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..
Mintalah dengan Dia.
Salam sayang,
Kak Nurul
Pharmacist Farmasi Nurul Rx
#FarmasiNurulRx
#SahabatSihatAnda